Ketika tangan kanan menyuapkan nasi ke dalam mulut, teringat aku pada masakan kegemaran aku. Lebih enak air tangan bondaku yang mengadunnya. Sambal betik muda yang menjadi santapan setiap kali pulang ke kampung halaman. Keenakannya pula ditambah apabila dijamu bersama rakan-rakan di sini. Walaupun aku tidak menggemari betik buah-buahan tetapi betik muda dijadikan sayur pilihan utama seleraku. Cubalah resepi ini, betik bukan sahaja boleh dimakan sebagai buah-buahan, tapi sebagai resepi yang dimakan bersama nasi. Bukannya betik yang sudah dimasak ye, pastikan yang muda. Bayangkan betik yang sudah masak dan ranum dimasak dengan sambal tumis? Emm..tidak enak sama sekali. Dalam resepi ini perlu ada sebiji buah betik muda, lada kering atau lada merah, ikan bilis, bwang putih, dan bawang merah. Selamat mencuba!
Wednesday, November 19, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


0 comments:
Post a Comment