? ??????????????Tartan Love? ????? ?? ???Rating: 4.8 (39 Ratings)??100 Grabs Today. 32882 Total Grabs. ???
???Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Soul Blossoming? ????? ?? ???Rating: 4.7 (11 Ratings)??68 Grabs Today. 28818 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????? BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Tuesday, July 28, 2009

The Climb

I can almost see it
That dream I’m dreamin
But there’s a voice inside my head saying"you’ll never reach it"
Every step I’m taking
Every move I make feelsLost with ’known direction
My faith is shakin
But I gotta keep tryin
Gotta keep my handheld high

There’s always gonna be another mountain.
I’m always gonna wanna make it move.
Always gonna be an uphill battle

Sometimes I’m gonna have to lose.
Ain’t about how fast I get there.
Ain’t about what’s waitin on the other side.
It’s the climb...

The struggles I’m facing.

The chances I’m taking.
Sometimes might knock me down but No I’m not breaking.
I may not know it but these are the moments thatI’m gonna remember most,
I Just gotta keep going.
And I gotta be strong.
Just keep pushing on,’cause,

There’s always gonna be another mountain.
I’m always gonna wanna make it move.
Always gonna be an uphill battle
But Sometimes I’m gonna have to lose.
Ain’t about how fast I get there.
Ain’t about what’s waitin on the other side.
It’s the climb...


"Kasih! jangan pergi..Ari harap Kasih menunggu Ari."

"Kasih tak dapat memenuhi impian Ari, Kasih tetap akan pergi.. "

Angin sayup menderu, seakan memahami hati dua insan yang masih mengharapkan impian yang pernah dijanjikan.

"Bagaimana dengan impian kita?" Kasih tunduk sedih..

"Impian tetap impian, bersamanya kita bukan pilihan di dunia, pilihan di akhirat pastikannya."

Titisan air mata masih berserak, Kasih terus pergi..Ari mampu merintih, Kasih...jangan biasakan perkara ini, Ari tetap menunggu Kasih..."


Jika benar bukan pertemuan kita di dunia, kita harus merelakan hati ini pergi...

bukan mudah mencari impian tetapi impian yang hadir masih lagi berseri di hati..


inikah berakhirnya... hidup yg kurasa tidak secantik potret yang terlakar di kaca

inikah makna cinta...datangnya berbunga-bunga belum dijamah pahitnya jelas terasa....

Tuesday, July 14, 2009


Bagaimana rasanya apabila kita berada di kawasan pesisiran pantai? waktu itu air pasang, ombak hempas pada batu-batuan tepi pantai, lihat bot atau sampan melabuhkan enjin, titian yang kukuh merentasi sebahagian pantai! emm..pasti teruja dan menyeronokkan. air laut yg biru sangat menenangkan, sekali mata memandang pasti tertawan! rimbunan menghijau, langit pula senyum seluasnya...itulah kenangan aku bertandang ke tempat yang paling indah dan tenang. angin menderu bgai alunan muzik..pesona tempat ini benar-benar menambat hati aku untuk melangkah lagi ke tempat ini.. "awk! jgn lupa bawa saya lagi ke sini ya!" pinta gadis itu sebelum meninggalkan tempat itu. Temannya itu hanya tersenyum...

Thursday, July 9, 2009

Usah Begitu..


Bukan mudah untuk melakukan yang terbaik mahupun sempurna..

Terutamanya kepada diri sendiri dan kepada orang yang kita sayang..

Sukar untuk mentafsirkan apa yang seseorang itu mahukan atau perlukan...

Setelah itu, berbagai-bagai perasaan akan jelma, sama ada ia kelihatan segar atau muram..

andaian-andaian mudah menerjah dalam hati, tidak kira andaian yang baik mahupun buruk..

Puas cuba untuk membuktikan kepada diri dan orang yang kita sayang sebagaimana diperlukan.. bila andaian yang sukar diterima, ia perlu dilontar jauh.. untuk memastikan keadaan itu seperti biasa dan jangan bebankan diri memikirkan perkara yang tidak sepatutnya ditafsirkan..pengertian dalam hidup harus dipatuhi, aku sedar aku bukan terbaik dan sempurna untuk melakukan sesuatu yang mengembirakan setiap insan, tapi keadaan akan merubah segalanya...biarkan pelangi itu di situ, aku pasti bersamamu..

Monday, July 6, 2009

Terpaku seketika menatap kisah di sebalik "Nyanyi Sunyi"...amat indah cuti semester ini diluangkan dengan bacaan kisah watak-watak daripada Cempaka, Lukmanulhakim, Dr.Arjuna, Baihaqi dan selainnya..sayangnya kisah ini menjadi tatapan pada hari Selasa sahaja. Walaubagaimanapun, garapan cerita ini amat menarik dan mempunyai sambungan setiap minggu... paling menarik sekali pantun-pantunnya yang penuh makna. Mulai hari aku menatap kisah "Nyanyi Sunyi" berbagai-bagai gambaran dan bayangan aku kepada insan-insan disekeliling penulisnya..kadang-kadang hati aku terusik dengan watak bagi Dr.Arjuna! bukan mudah untuk menghasilkan kisah yang penuh pergolakan, hanya penulisnya sahaja mampu mendalaminya dengan sebaik mungkin dan olahan citarasa daripada Maskiah Masrom amat berkesan...syg cikgu!!!

Bertemu kembali UKM bagi semester ini..hitung hari demi hari bakinya hanya setahun lagi.
bagaimana rasanya saat untuk meninggalkan UKM? indah bagi aku menimba banyak pengetahuan di gedung ilmu ini. mudah-mudahan semester ini penuh warna-warni dan dapat membangkitkan suasana ilmu yang lebih berganda....

kepada rakan-rakan, maju lagi ke hadapan ya!!