Ketika tangan kanan menyuapkan nasi ke dalam mulut, teringat aku pada masakan kegemaran aku. Lebih enak air tangan bondaku yang mengadunnya. Sambal betik muda yang menjadi santapan setiap kali pulang ke kampung halaman. Keenakannya pula ditambah apabila dijamu bersama rakan-rakan di sini. Walaupun aku tidak menggemari betik buah-buahan tetapi betik muda dijadikan sayur pilihan utama seleraku. Cubalah resepi ini, betik bukan sahaja boleh dimakan sebagai buah-buahan, tapi sebagai resepi yang dimakan bersama nasi. Bukannya betik yang sudah dimasak ye, pastikan yang muda. Bayangkan betik yang sudah masak dan ranum dimasak dengan sambal tumis? Emm..tidak enak sama sekali. Dalam resepi ini perlu ada sebiji buah betik muda, lada kering atau lada merah, ikan bilis, bwang putih, dan bawang merah. Selamat mencuba!
Wednesday, November 19, 2008
Friday, November 14, 2008
Pasti tertawan tatkala melihat kecantikan seri wanita memakai inai di jari. Oh! saat bahagia akan menjelma sekian lama. Detik-detik inilah wanita dikatakan paling manis di saat menuju ikatan yang lebih indah dari biasa. Seri inai pencetus alam perkahwinan. Jari jemari yang mengalirkan darah yang manis bertakhtakan permata disarungkan dengan penuh makna. Jari manis lah menjadi pilihan, adat perkahwinan ini serinya inai ditadah pada tangan wanita.
Posted by saya manis at 11:58 PM 5 comments
Fikiran menjadi ricu tatkala sibuk dengan hal duniawi dan kerja-kerja yang membangkit..
Alangkah nikmatnya dikelilingi pohon reriang yang melingkari sudut pandangan sungai bak flora dan hidupnya sesibar di dalam hutan yang menghiasi alam.. sungai yang mengalir ibarat arus kehidupan yang ada pasang dan surutnya.
Bahagianya jika mencari ilham di kawasan sebegini, pasti curahan ilmu dan renungan dapat diterbitkan dari hati dan ditemani kicauan burung, tusukan mata memanah ke arah sekeliling kita.
Suasana akhdar begini memberi pesona tentang alam semesta. Bayang-bayang dari permaidani sungai menghidupkan pencinta ilham. aku bersyukur dengan bentala yang aku diami ini..
Posted by saya manis at 10:46 PM 2 comments
Laman teratak indah sekali jika dipenuhi sekar-sekar yang harum mewangi..
Indahnya lagi siulan bulbul yang memecah heningan memenuhi embun pagi..
Seringkali sekar-sekar ini akan menenangkan jiwa, dan mengibaratkan agar sekar ini empenak kepada aku bila diri dalam kesunyian..aku mengharapkan bauan sekar semerbak dapat selik ke ruangan alam..
Posted by saya manis at 8:50 PM 0 comments
kain putih itu kain suci!
jiwa meruntun tatkala terkesima dengan pakaian si kecil ini, aku mengingatkan pada kematian..bila jiwa sudah mati, tangisan dialirkan...
putih adalah segala-galanya, pada aku pakaian secantik ini amat menakutkan!
teringat akan kematian!
si kecil di dunia, janganlah mengakhiri kematian dengan segalanya putih seperti pakaian ini,
tersentuhnya ilusi sedih dalam meneliti hanya pada "baju putih"
tidak! tidak! tidak pada si kecil!
Posted by saya manis at 8:29 AM 0 comments
Saturday, November 1, 2008
Fen`yo..
Bukan satu tapi beribu,
Gonyangan tangan sentiasa bersatu, ada senyuman mengukir penuh makna,
Susah hidup sentiasa bersama menjalinkan kasih sesama kita,
Biarpun jauh irama tetap seiring, umpama isi dengan kuku,
Ku dakap indah kenangan lalu, sebagai kotak hidup yang penuh makna,
Tidak ku sia-siakan hasrat bersama untuk melangkah lebih jauh,
Demi mengejar impian bersama tatkala kau di sebelahku dalam memberi kekuatan,
Kini ku sedar, permata atau berlian bukan ukuran, tetapi keihklasan yang dinilai,
Jalinan kasih para sahabat seindah sinar matahari,
Genggaman erat tuntutan ilmu di bawa sehingga penghujungnya,
Sahabat oh sahabat renungkanlah detik-detik kejayaan bersama..
Gonyangan tangan sentiasa bersatu, ada senyuman mengukir penuh makna,
Susah hidup sentiasa bersama menjalinkan kasih sesama kita,
Biarpun jauh irama tetap seiring, umpama isi dengan kuku,
Ku dakap indah kenangan lalu, sebagai kotak hidup yang penuh makna,
Tidak ku sia-siakan hasrat bersama untuk melangkah lebih jauh,
Demi mengejar impian bersama tatkala kau di sebelahku dalam memberi kekuatan,
Kini ku sedar, permata atau berlian bukan ukuran, tetapi keihklasan yang dinilai,
Jalinan kasih para sahabat seindah sinar matahari,
Genggaman erat tuntutan ilmu di bawa sehingga penghujungnya,
Sahabat oh sahabat renungkanlah detik-detik kejayaan bersama..
Posted by saya manis at 5:30 AM 2 comments
Kerlipan Malam
Waktu kecil tangan aku tidak pernah berhenti membilang bintang di langit. Pada waktu malam memang indah. Suasana tenang menghidupkan kesepian malam. Hamparan langit masih sunyi tapi bintang-bintang dapat menemani. Bilangan bintang tidak akan terhenti jika kita mengiranya. Sememangnya, bintang di langit tidak dapat dihitung, Cahayanya indah bila berkelip, lagi indah jika kita dapat mengapainya. Adakah hati kita seperti bintang sentiasa berkelip dan bercahaya? Indah sekali jika kita dijadikan seperti bintang. Walaupun jauh, pandangan galaksinya mencengkam setiap kaki bintang yang ada di langit. Tujuh sayap bintang membawa seribu makna di langit, seindah warna pelangi apabila hujan gerimis mengundang. Adakah bintang menjadi pilihan kamu?
Posted by saya manis at 5:20 AM 2 comments
Subscribe to:
Comments (Atom)







