? ??????????????Tartan Love? ????? ?? ???Rating: 4.8 (39 Ratings)??100 Grabs Today. 32882 Total Grabs. ???
???Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Soul Blossoming? ????? ?? ???Rating: 4.7 (11 Ratings)??68 Grabs Today. 28818 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????? BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, April 22, 2010

1st Song make me remember him, now it's memory~





selalu itu yg kau ucapkan padaku

sebagai kekasih yg tak dianggap aku hanya bisa mencoba mengalah menahan setiap amarah

aku sang bulan tak menerangi malammu aku lah bintang yg hilang ditelan kegelapan


sebagai kekasih yg tak dianggap aku hanya bisa mencoba bersabar ku yakin kau kan berubah

Sayang~

Dah 2 hari aku sakit perut..tak tahu la makan apa, smpai jadi mcm ni. Badan letih, mudah-mudahan waktu exam nanti brjalan lancar. Emm..hari ni pkul 3 ptg ada majlis makan-makan bersama coursemate. Sebelum meninggalkan UKM, kami plan untuk adakan majlis perpisahan ini. Sedih rasanya bila nk meninggalkan UKM, dan rakan-rakan. Banyak kenangan manis di sini, syg nk tinggalkan dunia kampus..Walau mcm mna pn, kehidupan di luar harus ditempuhi, banyak perkara harus aku pelajari. Mudah-mudahan, Allah sentiasa melindungi diri ini..;-)

Friday, April 16, 2010

BufdaY ella a.k.a ClassicaL WomeN!!


Hepi bufday ella!! Sweet 23!! Cik ella da tua....hohoho. Doa mudah-mudahan panjang umur dan dimurahkan rezeki. Doakan kamu berbahagia dunia dan akhirat. Doakan kamu moga berjaya kelak. Give many-many thanks 4 ur boy ya, plan ur dis moment 4 u. He's so kind, n love u very much! I'm so proud n do anything 4 u...Good man n so sweet!!Hope u guys happiness forever~ xoxo

Thursday, April 15, 2010




Hari ni hari kedua aku exam. Subjek undang-undang dan ketatanegaraan. Aku sungguh lega bila sume idea dicurahkan pada kertas exam dengan sempurnanya. Target aku tuk subjek ni ingin dapatkan gred A! Aku mahu tebus kecundang yg pernah aku alami semester lepas bila subjek historiografi dapat gred B..mudah-mudahan kali ni tidak. By d way, aku nk ucapkan trima kasih kepada my lcterer En.zubir n Dr. Shaiful Bahri yang banyak memberi bimbingan dan didikan sepanjang aku berada di prog persuratan Melayu. Aku bangga dengan menerima ilmu yang dicurahkan oleh mereka..aku brdoa agar kejayaan yang aku capai adalah bersandarkan ilmu yg diberi dan usaha aku sendiri. amin...

Tuesday, April 13, 2010


Hari ini merupakan hari pertama aku exam!! Paper bagi sastera asia tenggara...sungguh mengujakan. Soklan yang benar-benar mencabar pemikiran.. Alhamdulillah semuanya telah berjalan dengan tersekat-sekat..bila aku termenung, dan berfikir terlalu lama untuk paper td. Banyak isi-isi penting yang telah lolos dalam kotak fikiran..aku cuba tenangkan diri dan pastikan jawapan yg ditulis memberi semangat hingga ke akhirnya...Walau bagaimanapun, aku yakin dan sungguh-sungguh exam seterusnya dapat menghadapinya dengan lebih baik daripada hari ini..

Cahaya itu ibarat ilmu dan sentiasa menerangi diri ini...
yakin syasya!!! i know i can do better than dis!!! xoxo~

Tuesday, March 16, 2010

My new house!


Orang slalu kata "rumahku syurgaku".. Aku teruja bila tnggal di rumah baru, memberi mood baru dan suasana yang aku impikan. thanks 2 ma n abah, hias rumah dengan sempurna.. serakan warna pilihan di dinding rumah begitu mengujakan, begitu juga kamar aku. Inilah nikmat yang dirasai oleh family En.Mohd Yunus...;-)

Segala-galanya berlalu....


Hubungan yang pernah singgah di ruang hati ini, berlalu begitu sahaja..tanpa pesan, tanpa bicara, tanpa perasaan, tanpa segala-galanya...diri jadi kaku, alasan penuh curiga..alasan yang telah membutakan hatinya sendiri. Pertama kali aku bersua dengan insan yang betul-betul tidak menghargai diri ini. Kasih sayang yang aku berikan terus dicalar sebegitu, apa salah aku? aku sanggup tepis segala kata-kata orang di sekeliling hanya mahu mmpercayai kata-kata dia..tapi dia cuba mengkhianati kepercayaan dan kesetiaan aku. Jika aku bersalah, nyatakan!! perkataan menyesal sering kali berulang... mungkin aku bukan terbaik, sekali dia melukakan hati ini, aku ingt selamanya.. sanggup dia tidak mengakui diriku teman istimewanya..aku tidak akan memaafkannya, cara dia meninggalkan aku cukup terkesan! aku halalkan segala2nya dunia dan akhirat...mengertilah, aku tidak akan hormat pada insan sebegini lagi..aku anggap dia insan yang tidak berguna dalam hidup aku...tinggalkan aku tanpa bicara, hadir insan lain terus dimilikinya... perasaan marah masih terasa...aku percaya yang baik dtg dari Allah, yang tidakbaik dtg dari diri sendiri...aku panjatkan doa agar aku sentiasa dilindungi olehNya...~kau bukan siapa-siapa lagi dalam hidup aku~

Friday, February 5, 2010

Kami dan memories~












Kenangan bersama kamu semua terpahat di hati buat selamanya..kamu sentiasa memberi, menerima, dan membahagiakan..aku bertuah mempunyai kawan-kawan seperti kalian. Walau dalam keadaan susah dan senang kita sentiasa bersama..Mudah-mudahan ikatan persahabatan kekal selamanya..kenangan terindah dan pngalaman di Ukm banyak mengajar hidup aku terus berdikari dan matang menempuh dugaan dan cabaran.. aku bersyukur dengan apa yg aku capai selama ini, aku akan sentiasa berusaha untuk jadi lebih yg terbaik..aku doakan kalian dapat mncapai kejayaan dan kehidupan yg bermakna..insyaallah~

Pesta pantun..


Hati teruja melihat rakan-rakan dlm pesta pantun anjuran jabatan bahasa, sastera dan kebudayaan. Buat aishah salim, ella, farady, dan saidy pemantun yang hebat dan sememangnya jiwa sastera mereka amat dekat di hati. Aku tumpang gembira buat kalian dalam pesta pantun ini, teruskan usaha dalam memartabatkan pantun dalam sastera, dan terus menjadi milik kita!


Buat kalian~


Gud luck buat kalian pada mnggu hadapan ke peringkat akhir. Pastikan kejayaan milik persuratan Melayu tahun 3!! syg korg~

Hari Lahir untukmu....


Hari lahir dlm hidup dikatakan sungguh bermakna. Begitu juga kejutan hari lahir buat sahabatku Umi 5/2/10.. Kejutan pada 2.30 pg di bangi..sebelum meraikannya kami meluangkan masa aktiviti mingguan dengan bermain bowling. Macam-macam ragam kawan aku bila mahu meraikan hari lahir buat Umi. Akhirnya, kejutan kami berhasil dan mampu membuat kawan-kawan tersenyum. Terima kasih buat en.zubir, zali, saidy, wari, azli, ara, zana, ju, is, umi...muach! ngee~


Buat umi,

~Selamat Hari lahir ke-23, moga dipanjangkan umo dan dimurahkan rezeki..berbahagia hendaknya di dunia dan akhirat! stdy smart 4 last sem...xoxo~

Wednesday, February 3, 2010


Apalah salah aku? lara begini yg tersemat..kenapa begini? aku berada dalam keadaan susah atau senang langsung tak diendahkan..hubungan apa yang kamu ciptakan untuk aku? haruskah aku memulakan semua perkara dengan "Pertama"? fahamilah hati aku, jangan letakkan ego kamu terlalu mulia di sisi kamu..desak hati aku cuba bersabar dengan ragam jiwa kamu, sampai bila harus aku melayani ragam jiwa kamu yang menyakitkan ini? rajuk hati ini sungguh lama..kamu tetap membiarkannya...jika kamu resah dengar luahan aku, bermakna aku sudah melupakan kamu..maafkan aku.

Tuesday, February 2, 2010

SePi~


Biar masa menentukannya,

keadaan sekeliling tidak mudah beri keindahan,

berdirinya di sini bersama deruan angin,

semarak hati sentiasa menyelinap di ruang-ruang sepi,

aku masih sepi memandangnya...mengapa begini?

kata hati tidak dapat merungkainya, aku cuba mencari jawapan,

berilah aku kekuatan, setiap yang hadir pasti ada hikmahnya....

Saturday, January 30, 2010

Rezeki dari insan yg mulia...

Sronok bersama kawan-kawan mlm ni...mlm ni aku dan kawan-kawan dijamu ngan juadah dari insan yang istimewa dan mulia bg kami..tiada apa dapat diluahkan, hanya terima kasih banyak-banyak sebab mengingati kami dan sudi memberi juadah istimewa untuk malam ni..keenakan masakannya sememangnya memenuhi selera kami yg sudah lama tidak menikmati lauk-pauk dari rumah, bila kami merasai detik bersama kawan-kawan untuk menikmatinya terasa seperti di rumah sendiri..emm, terharu juga rasanya. mudah-mudahan rezekinya bertambah atas limpah kurnia Tuhan yg Esa.. kami akan kenang jasanya sampai bila-bila.. thanks a lot! ;-)

Friday, January 29, 2010

Mengharapkan hari-hari yang indah...


Hari ini seperti biasa menjalani kehidupan yang mencabar. aku bersedia dengan apa cabaran dan percaya Allah sentiasa bersama kita..hari ini aku perlu menyiapkan tugasan yang diberikan, minggu depan bermulanya pembentangan pertama untuk aku. aku mengharapkan hari-hari yang mendatang memberikan keindahan yang paling mengujakan untuk diri aku.. pastikan hari-hari indah buat aku tidak terlepas dari ingatan! xoxo!

bila bulan merajuk..bintang penemannya..

Aku bukan wanita yang sempurna, punyai hati dan perasaan, aku sedar diri aku siapa di hati kamu..jangan cuba menguji kesetiaan ini, aku cukup sabar menghadapi dugaan yang telah ditentukan..kadang-kadang aku rasa mengalah dan amat duka bila hati menjadi kosong..banyak perkara kamu tidak sedar,aku cuba memahami..jika hati duka tiada siapa mengerti, begitu juga kamu..aku sedar bukan mudah untuk berikan yg terbaik, jika diri ini tidak dihargai, aku merasa sedih..di mana kamu saat aku perlukan kamu? aku terasa semakin jauh dari kamu...saat begini sahabat amat menyenangkan, aku bahagia dengan mereka..tp kamu jauh dari bahagia yg aku mahukan.pengertian apa lagi yg harus aku fahami? jika kamu tidak dapat menghargai aku tidak mengapa, cuba untuk menghargai perasaan ini...bukan mudah untuk aku melepaskan ikatan ini, jika bahagia dari insan lain hadir untuk membahagiakan diriku, aku redha..aku hanya manusia biasa, jika itu takdirNya aku bersyukur...bukan niat aku untuk mencari helah melepaskan ikatan dibina tetapi diri kamu membuatkan diri ini terasa asing..sehinggakan aku tak mampu menghadapinya jika tiap kali ia berterusan...bila aku memilih bulan itu merajuk umpama hati ini dalam kedinginan, bila bintang penemannya aku sentiasa mahukan insan disekeliling menyanyangi aku seikhlasnya...