? ??????????????Tartan Love? ????? ?? ???Rating: 4.8 (39 Ratings)??100 Grabs Today. 32882 Total Grabs. ???
???Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Soul Blossoming? ????? ?? ???Rating: 4.7 (11 Ratings)??68 Grabs Today. 28818 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????? BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Saturday, August 22, 2009

Salam Ramadhan..


Kepada semua, Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Mudah-mudahan Ramadhan kali ini membawa seribu erti buat kalian... amin.

Buat Sang Puteri..


"Kita mahu ke mana?" pertanyaan itu berulang kali dilemparkan buat sang arjuna.

"Jangan bimbang sayang, pertanyaan kamu itu bawa kita ke destinasi yang penuh keindahan," Fia terus terdiam, hatinya berbisik-bisik mahukan kepastian.

Suasana yang tenang, nyalaan lilin menghiasi taman, haruman yang sungguh segar, aroma malam yang begitu indah buat sang puteri permata hati Que. Fia terus berteka-teki..

Busana yang begitu indah buat Fia dan Que mengiringi tarian mereka. Keindahan malam itu disaksikan bulan yang hampir terlena dibuai alunan muzik yang romantis. Terukir senyuman sang puteri tanpa terlahirnya kata-kata. Hadiah buat sang arjuna kepada isterinya diungkapkan dengan satu perkataan "cinta"...

-Keluhuran kasih seorang insan tanpa kata-kata memberikan seribu erti, hanya pancaindera sahaja dapat merasai kenikmatan hidup yang bakal dilalui..

Gabungan cerpen-cerpen daripada pengarang, salah satu pilihan hati "Menziarahi Dunia Sebayan" hasil Jong Chian Lai...saat mata tertumpu kepada buku-buku ini rasanya mahu membeli ke semuanya. Lihat kulit buku sahaja pasti tertawan, tapi pilihan himpunan cerpen yang aku pilih untuk LI cuma satu sahaja..Gambar ini diambil sewaktu melawati DBP 19 ogos 09, sempena Akademi Sastera.

Sunday, August 16, 2009


Senja masih di situ,

Deruan angin melambai-lambai mengajak pulang,

Aku masih di situ,

Hati kian pudar saat rencana hidup masih berserakan,

Haruskah hati ini mengalah?

Jangan biarkan ia berlalu tanpa kata-kata,

Gugurnya bunga bisikkan sesuatu,

Namun hati ini masih memerlukannya,

Kala senja melabuhkan tirai, sayu hati tiada siapa mengerti..

Friday, August 14, 2009

INSYIRAH buatku terus membaca..


Novel kisah remaja yang mencari makna kehidupan yang hakiki..aku suka dengan jalan cerita begini. Apa yang tersirat di sini, remaja hari ini lebih sukakan hiburan dan perkara-perkara di luar kemahuan hati remaja. Tetapi watak remaja seperti Insyirah sering mendekatkan diri kepada Allah dan segala amalannya berpaksikan kepada jalan Allah. Bezanya keadaan remaja sekarang sering bersosial, dan banyak perkara tidak brfaedah dilakukan. Wlau bagaimanpun tidak kepada Insyirah, pendekatan hati dan fikiran manusia adalah berbeza tetapi corak kehidupan sebgai remaja harus seimbang dan banyak perkara mendorong kita menjadi lebih matang.. sifat menyanyangi amat digalakkan. asalkan niat ikhlas itu membawa kepada kebaikan yang hakiki..

KONVO DI UM


Hari jumaat lepas, aku menghadiri majlis konvo rakan istimewa di UM. Aku tumpang gembira dengan kejayaannya, hati aku sangat gembira melihat berbagai-bagai ragam graduan selepas menerima ijazah..saat paling manis dalam hidup mereka bila dapat meraikan bersama keluarga tersayang..mmberi seribu erti dalam hidup. ilmu yang kita raih ini berkat usaha sendiri dan bersama rakan-rakan, begitu juga tenaga pengajar yang tidak jemu menghulurkan bantuan dan ilmu yang besar nilainya. aku terfikir bagaimana agaknya bila aku sudah tamat pengajian ini? aku sygkan tempat ini, sygkan kwn-kwn, bnyak perkara dapat dikongsi bersama bila berada di UKM. mudah-mudahan aku terima apa jua baik dan buruk yang sudah ditentukan-Nya...



kenangan bersama kawan-kawan yang aku sayang..sweet 4-ever!


Indah dan mendamaikan. detik ini aku ambil ketika kerja lapangan aku ke bandar Melaka. keindahan pantai pada waktu senja di Tanjung Bidara ini mengamit hati aku. ingin lagi kaki ini memecahkan deru air laut yang tenang...persinggahan seketika ini ckup menggambarkan betapa terujanya hati aku kepada pantai...(ombak laut yang besar sering dtg dlm mimpi aku, kenapa ya?)