? ??????????????Tartan Love? ????? ?? ???Rating: 4.8 (39 Ratings)??100 Grabs Today. 32882 Total Grabs. ???
???Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Soul Blossoming? ????? ?? ???Rating: 4.7 (11 Ratings)??68 Grabs Today. 28818 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????? BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Tuesday, September 16, 2008


Sudahkah ia pergi?
Lautan darah siksanya derita,
Sudahkah ia pergi?
Lolongan tangisan bergendang di telinga,
Sudahkah ia pergi?
Matinya jasad di bumi terik,
Sudahkah ia pergi?
Kemodenan zaman kian memekakkan suasana arus ancaman,
Sudahkah ia pergi?
Politik durjana membengkokkan nafsu manusia,
Sudahkah ia pergi?
Keganasan adalah segala-galanya.

Mengapa?
Derita anak kecil menjadi korban,
Mengapa?
Tanah suci bertuah menjadi medan tangisan,
Mengapa?
Goncangan dunia kian merakus nyawa insan tidak bersalah,
Mengapa?
Telinga menggigit ketakutan letupan menjadi kawan,
Inikah balasan dunia kepada manusia?
Sudahkah ia pergi?
Biarkan dunia bergaya dengan nafsunya,
Matinya aman tiada kesudahan,
Hingga keperitan menjerut langkah longlainya ..

-Nur aisyah-


Merenung ranting kayu ini umpama nafsu manusia yang mempunyai variasi. Merenung sesuatu ibarat merenung ketajaman akal kita..


Melihat kepada kuih ini tentunya berasa lapar dan enak untuk dimakan.Teringat aku semasa pergi ke bazar untuk membeli juadah berbuka puasa. Namun begitu aku tidak membayangkan seperti mana orang lain membayangkannya. Tetapi aku mengimaginasikan kuih ini sebagai pahit manis hidup aku selama ini. Nampak dari luar seindah yang kita rasakan. Namun aku menganggapnya bahagian yang manis pada kuih itu ibarat pengalaman yang indah dalam hidup aku dan sebaliknya aku merasakan pengalaman yang pahit...





Nur Aisyah Bt Mohd Yunus
21 tahun
Kulai, Johor
Bidang Persuratan MelayuUKM slangor

Blog ini membicarakan apa yang aku rasa setiap hari dan aku akan coretkan apa sahaja pengalaman aku setiap masa. Kepada siapa-siapa yang mempunyai cadangan sila hantarkan. Aku sebenarnya tidak pandai dalam mencoretkan kata-kata yang puitis atau lebih kreatif tetapi untuk menghasilkan sesuatu yang baru, aku akan lakukan yang terbaik...seperti apa yang diajar oleh pensyarah aku iaitu Dr.Mawar Shafie. Aku akan cuba buat yang termampu untuk blog ini dan mudah-mudahan penulisan kreatif aku dapat dinilai dengan baik. Walaupun pertama kali dikiritik aku tetap mahu berusaha, ini kerana bidang yang aku pilih sudah menjadi sebahagian daripada hidup aku.