Bukan satu tapi beribu,
Gonyangan tangan sentiasa bersatu, ada senyuman mengukir penuh makna,
Susah hidup sentiasa bersama menjalinkan kasih sesama kita,
Biarpun jauh irama tetap seiring, umpama isi dengan kuku,
Ku dakap indah kenangan lalu, sebagai kotak hidup yang penuh makna,
Tidak ku sia-siakan hasrat bersama untuk melangkah lebih jauh,
Demi mengejar impian bersama tatkala kau di sebelahku dalam memberi kekuatan,
Kini ku sedar, permata atau berlian bukan ukuran, tetapi keihklasan yang dinilai,
Jalinan kasih para sahabat seindah sinar matahari,
Genggaman erat tuntutan ilmu di bawa sehingga penghujungnya,
Sahabat oh sahabat renungkanlah detik-detik kejayaan bersama..

2 comments:
salam, hi orang johor!
sahabat memang indah pada katanya, namun mahu cari yang sejati amat sukar. bertuah anda kerana memilikinya. Jaga dia jangan sampai lari, ya!
Aisyah,
pohon temu tumbuhnya rapat
rapat lagi si pohon jati
kawan beribu mudah didapat
sahabat setia payah dicari.
selamat berkarya!
www.mawarshafei.blogspot.com
Post a Comment