Ramadhan yang lalu, selepas aku bersahur aku tidak dapat melelapkan mata. Sudah menjadi kebiasaan tatkala aku merehatkan diri di rumah. Aku memikirkan persahabatan selalunya normal bagi semua manusia dan perasaan gembira sering menetap di dalam hati manusia. Bagaimana pula dengan insan yang tidak mempunyai persahabatan? Pernahkah kita memikirkannya? sesungguhnya pedih dan sunyi sekali!!
Teringat aku pada filem Dorm yang memaparkan kisah persahabatan yang tragis. Persahabatan ini melibatkan roh manusia yang telah mati dengan manusia yang masih hidup, sungguh pelik.
Persahabatan oh persahabatan! Indahnya lagi, jika kekal selamanya..


2 comments:
persahabatan memang sukar dicari. lagi pula sahabat sejati. hanya yang bertuah sahaja memiliknya. salam lebaran buat aisya,
hasni
terima kasih hasni. ya, salam lebaran buat Hasni juga. Jika Hasni mempunyai persahabatan yang sejati, peliharalah dengan sebaiknya. indahnya jika persahabatan itu suci tiada noda yang mencemarinya.
Post a Comment