

Kalau dipandang tenunan songket semestinya terpesona. Teringat zaman kecil semasa aku khatam al-Quran. Aku dipakaikan kain songket berwarna merah. Sungguh cantik tenunannya.. Hadiah songket itu daripada bondaku. Aku sangat teruja apabila memakainya kerana pertama kali aku memakai songket. Songket juga sinonim dengan wanita, dan menjadi busana paling unggul masa kini. Hargailah tenunan yang indah ini, agar tak ditelan dek zaman.

0 comments:
Post a Comment