? ??????????????Tartan Love? ????? ?? ???Rating: 4.8 (39 Ratings)??100 Grabs Today. 32882 Total Grabs. ???
???Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Soul Blossoming? ????? ?? ???Rating: 4.7 (11 Ratings)??68 Grabs Today. 28818 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????? BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Saturday, January 31, 2009

Novel Terbaik



Aku memilih novel Mahabbah karya Shahnon Ahmad sebagai kajian dalam kertas kerja untuk semester ini. Mahabbah merupakan coretan cerita yang mendekatkan kita dengan unsur islam.

banyak unsur islam terdapat dalam novel ini. aku juga mengkaji teori yang digunakan dalam novel ini, teori yang aku pilih ialah teori takmilah. banyak maklumat tentang teori ini perlu digali.

mudah-mudahan aku dapat menyelesaikan tugas ini dengan sempurna..


MAHABBAH dalam erti cinta dan kasih sayang.

Friday, January 9, 2009


Tiupan bayu senja segar dlm kotak fikiran.
mengapa perlu mencarik-carik hati yang sedang dilukai??
usah fikiran melayang-layang bak tiupan bayu senja ini, keraguan masih di benak.
hanya hasrat ini dapat di keluhkan....
Biarkan impian berlalu jika masih ada yang menanti..




Bidang yg berlainan amat sukar untuk kita memahami namun boleh juga dikongsi kn?
Aku telah berkongsi pengalaman dalam bidang sains. aku membantu rakan aku dalam kerja bidang lain iaitu bidang genetik. bidang genetik mengkaji serangga, amat mnyeronokkan..nama-nama saintifiknya juga menarik! kebetulan aku sukakan serangga seperti rama-rama, belalang, cukup bermakna sekali!

Wednesday, November 19, 2008

Seleranya..


Ketika tangan kanan menyuapkan nasi ke dalam mulut, teringat aku pada masakan kegemaran aku. Lebih enak air tangan bondaku yang mengadunnya. Sambal betik muda yang menjadi santapan setiap kali pulang ke kampung halaman. Keenakannya pula ditambah apabila dijamu bersama rakan-rakan di sini. Walaupun aku tidak menggemari betik buah-buahan tetapi betik muda dijadikan sayur pilihan utama seleraku. Cubalah resepi ini, betik bukan sahaja boleh dimakan sebagai buah-buahan, tapi sebagai resepi yang dimakan bersama nasi. Bukannya betik yang sudah dimasak ye, pastikan yang muda. Bayangkan betik yang sudah masak dan ranum dimasak dengan sambal tumis? Emm..tidak enak sama sekali. Dalam resepi ini perlu ada sebiji buah betik muda, lada kering atau lada merah, ikan bilis, bwang putih, dan bawang merah. Selamat mencuba!

Friday, November 14, 2008


Pasti tertawan tatkala melihat kecantikan seri wanita memakai inai di jari. Oh! saat bahagia akan menjelma sekian lama. Detik-detik inilah wanita dikatakan paling manis di saat menuju ikatan yang lebih indah dari biasa. Seri inai pencetus alam perkahwinan. Jari jemari yang mengalirkan darah yang manis bertakhtakan permata disarungkan dengan penuh makna. Jari manis lah menjadi pilihan, adat perkahwinan ini serinya inai ditadah pada tangan wanita.


Fikiran menjadi ricu tatkala sibuk dengan hal duniawi dan kerja-kerja yang membangkit..
Alangkah nikmatnya dikelilingi pohon reriang yang melingkari sudut pandangan sungai bak flora dan hidupnya sesibar di dalam hutan yang menghiasi alam.. sungai yang mengalir ibarat arus kehidupan yang ada pasang dan surutnya.
Bahagianya jika mencari ilham di kawasan sebegini, pasti curahan ilmu dan renungan dapat diterbitkan dari hati dan ditemani kicauan burung, tusukan mata memanah ke arah sekeliling kita.
Suasana akhdar begini memberi pesona tentang alam semesta. Bayang-bayang dari permaidani sungai menghidupkan pencinta ilham. aku bersyukur dengan bentala yang aku diami ini..


Laman teratak indah sekali jika dipenuhi sekar-sekar yang harum mewangi..

Indahnya lagi siulan bulbul yang memecah heningan memenuhi embun pagi..

Seringkali sekar-sekar ini akan menenangkan jiwa, dan mengibaratkan agar sekar ini empenak kepada aku bila diri dalam kesunyian..aku mengharapkan bauan sekar semerbak dapat selik ke ruangan alam..