? ??????????????Tartan Love? ????? ?? ???Rating: 4.8 (39 Ratings)??100 Grabs Today. 32882 Total Grabs. ???
???Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Soul Blossoming? ????? ?? ???Rating: 4.7 (11 Ratings)??68 Grabs Today. 28818 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????? BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Tuesday, April 7, 2009


jika jiwa celaru..

suarakan dalam hati...


jika suara menyepi...

mekarkannya di ufuk rindu...


perginya bayu usah di renung...

nantikan saat engkau pergi...

aku masih mengerti di sini...

Monday, April 6, 2009

Bercuti bersama clazmate tersyang.....










Pertama kali aku bercuti dengan rakan-rakan sekelas. Pengalaman yang menyeronokkan..




Percutian ini sempena berakhirnya prsembahan drama dari kelas aku. 'Bila Bayangan Berbisik' merupakan drama yang diusahakan bersama-sama rakan sekelas. Setelah tamat persembahan drama, kami semua menenangkan diri di teluk kemang ngeri sembilan. Pemandangan di kawasan tersebut amat cantik, dan mengagumi ciptann Tuhan. walaubagaimanapun, percutian bersama rakan sekelas amat bermakna, dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara rakan-rakan...memory merupakan plg indah dalam hidup. Lastly, aku syg kamu semua..........





sudah lama tidak menyinggah ke laman ni..

emm..bila lihat rakan-rakan seronok memasukkan pengalaman mereka dlm blog, ingatan aku kembali kpd blog aku sndiri..


bersyukur kerana blog ini masih menjadi tatapan rakan-rakan..

lpas ni aku akan mengisi ruangan dengan sempurna..

setiap diari hidup aku, aku abadikan dlm ruangan ini...

Saturday, January 31, 2009

Novel Terbaik



Aku memilih novel Mahabbah karya Shahnon Ahmad sebagai kajian dalam kertas kerja untuk semester ini. Mahabbah merupakan coretan cerita yang mendekatkan kita dengan unsur islam.

banyak unsur islam terdapat dalam novel ini. aku juga mengkaji teori yang digunakan dalam novel ini, teori yang aku pilih ialah teori takmilah. banyak maklumat tentang teori ini perlu digali.

mudah-mudahan aku dapat menyelesaikan tugas ini dengan sempurna..


MAHABBAH dalam erti cinta dan kasih sayang.

Friday, January 9, 2009


Tiupan bayu senja segar dlm kotak fikiran.
mengapa perlu mencarik-carik hati yang sedang dilukai??
usah fikiran melayang-layang bak tiupan bayu senja ini, keraguan masih di benak.
hanya hasrat ini dapat di keluhkan....
Biarkan impian berlalu jika masih ada yang menanti..




Bidang yg berlainan amat sukar untuk kita memahami namun boleh juga dikongsi kn?
Aku telah berkongsi pengalaman dalam bidang sains. aku membantu rakan aku dalam kerja bidang lain iaitu bidang genetik. bidang genetik mengkaji serangga, amat mnyeronokkan..nama-nama saintifiknya juga menarik! kebetulan aku sukakan serangga seperti rama-rama, belalang, cukup bermakna sekali!

Wednesday, November 19, 2008

Seleranya..


Ketika tangan kanan menyuapkan nasi ke dalam mulut, teringat aku pada masakan kegemaran aku. Lebih enak air tangan bondaku yang mengadunnya. Sambal betik muda yang menjadi santapan setiap kali pulang ke kampung halaman. Keenakannya pula ditambah apabila dijamu bersama rakan-rakan di sini. Walaupun aku tidak menggemari betik buah-buahan tetapi betik muda dijadikan sayur pilihan utama seleraku. Cubalah resepi ini, betik bukan sahaja boleh dimakan sebagai buah-buahan, tapi sebagai resepi yang dimakan bersama nasi. Bukannya betik yang sudah dimasak ye, pastikan yang muda. Bayangkan betik yang sudah masak dan ranum dimasak dengan sambal tumis? Emm..tidak enak sama sekali. Dalam resepi ini perlu ada sebiji buah betik muda, lada kering atau lada merah, ikan bilis, bwang putih, dan bawang merah. Selamat mencuba!