Hari jumaat lepas, aku menghadiri majlis konvo rakan istimewa di UM. Aku tumpang gembira dengan kejayaannya, hati aku sangat gembira melihat berbagai-bagai ragam graduan selepas menerima ijazah..saat paling manis dalam hidup mereka bila dapat meraikan bersama keluarga tersayang..mmberi seribu erti dalam hidup. ilmu yang kita raih ini berkat usaha sendiri dan bersama rakan-rakan, begitu juga tenaga pengajar yang tidak jemu menghulurkan bantuan dan ilmu yang besar nilainya. aku terfikir bagaimana agaknya bila aku sudah tamat pengajian ini? aku sygkan tempat ini, sygkan kwn-kwn, bnyak perkara dapat dikongsi bersama bila berada di UKM. mudah-mudahan aku terima apa jua baik dan buruk yang sudah ditentukan-Nya...
Friday, August 14, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment