? ??????????????Tartan Love? ????? ?? ???Rating: 4.8 (39 Ratings)??100 Grabs Today. 32882 Total Grabs. ???
???Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Soul Blossoming? ????? ?? ???Rating: 4.7 (11 Ratings)??68 Grabs Today. 28818 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????? BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Friday, February 5, 2010

Kami dan memories~












Kenangan bersama kamu semua terpahat di hati buat selamanya..kamu sentiasa memberi, menerima, dan membahagiakan..aku bertuah mempunyai kawan-kawan seperti kalian. Walau dalam keadaan susah dan senang kita sentiasa bersama..Mudah-mudahan ikatan persahabatan kekal selamanya..kenangan terindah dan pngalaman di Ukm banyak mengajar hidup aku terus berdikari dan matang menempuh dugaan dan cabaran.. aku bersyukur dengan apa yg aku capai selama ini, aku akan sentiasa berusaha untuk jadi lebih yg terbaik..aku doakan kalian dapat mncapai kejayaan dan kehidupan yg bermakna..insyaallah~

Pesta pantun..


Hati teruja melihat rakan-rakan dlm pesta pantun anjuran jabatan bahasa, sastera dan kebudayaan. Buat aishah salim, ella, farady, dan saidy pemantun yang hebat dan sememangnya jiwa sastera mereka amat dekat di hati. Aku tumpang gembira buat kalian dalam pesta pantun ini, teruskan usaha dalam memartabatkan pantun dalam sastera, dan terus menjadi milik kita!


Buat kalian~


Gud luck buat kalian pada mnggu hadapan ke peringkat akhir. Pastikan kejayaan milik persuratan Melayu tahun 3!! syg korg~

Hari Lahir untukmu....


Hari lahir dlm hidup dikatakan sungguh bermakna. Begitu juga kejutan hari lahir buat sahabatku Umi 5/2/10.. Kejutan pada 2.30 pg di bangi..sebelum meraikannya kami meluangkan masa aktiviti mingguan dengan bermain bowling. Macam-macam ragam kawan aku bila mahu meraikan hari lahir buat Umi. Akhirnya, kejutan kami berhasil dan mampu membuat kawan-kawan tersenyum. Terima kasih buat en.zubir, zali, saidy, wari, azli, ara, zana, ju, is, umi...muach! ngee~


Buat umi,

~Selamat Hari lahir ke-23, moga dipanjangkan umo dan dimurahkan rezeki..berbahagia hendaknya di dunia dan akhirat! stdy smart 4 last sem...xoxo~

Wednesday, February 3, 2010


Apalah salah aku? lara begini yg tersemat..kenapa begini? aku berada dalam keadaan susah atau senang langsung tak diendahkan..hubungan apa yang kamu ciptakan untuk aku? haruskah aku memulakan semua perkara dengan "Pertama"? fahamilah hati aku, jangan letakkan ego kamu terlalu mulia di sisi kamu..desak hati aku cuba bersabar dengan ragam jiwa kamu, sampai bila harus aku melayani ragam jiwa kamu yang menyakitkan ini? rajuk hati ini sungguh lama..kamu tetap membiarkannya...jika kamu resah dengar luahan aku, bermakna aku sudah melupakan kamu..maafkan aku.

Tuesday, February 2, 2010

SePi~


Biar masa menentukannya,

keadaan sekeliling tidak mudah beri keindahan,

berdirinya di sini bersama deruan angin,

semarak hati sentiasa menyelinap di ruang-ruang sepi,

aku masih sepi memandangnya...mengapa begini?

kata hati tidak dapat merungkainya, aku cuba mencari jawapan,

berilah aku kekuatan, setiap yang hadir pasti ada hikmahnya....

Saturday, January 30, 2010

Rezeki dari insan yg mulia...

Sronok bersama kawan-kawan mlm ni...mlm ni aku dan kawan-kawan dijamu ngan juadah dari insan yang istimewa dan mulia bg kami..tiada apa dapat diluahkan, hanya terima kasih banyak-banyak sebab mengingati kami dan sudi memberi juadah istimewa untuk malam ni..keenakan masakannya sememangnya memenuhi selera kami yg sudah lama tidak menikmati lauk-pauk dari rumah, bila kami merasai detik bersama kawan-kawan untuk menikmatinya terasa seperti di rumah sendiri..emm, terharu juga rasanya. mudah-mudahan rezekinya bertambah atas limpah kurnia Tuhan yg Esa.. kami akan kenang jasanya sampai bila-bila.. thanks a lot! ;-)

Friday, January 29, 2010

Mengharapkan hari-hari yang indah...


Hari ini seperti biasa menjalani kehidupan yang mencabar. aku bersedia dengan apa cabaran dan percaya Allah sentiasa bersama kita..hari ini aku perlu menyiapkan tugasan yang diberikan, minggu depan bermulanya pembentangan pertama untuk aku. aku mengharapkan hari-hari yang mendatang memberikan keindahan yang paling mengujakan untuk diri aku.. pastikan hari-hari indah buat aku tidak terlepas dari ingatan! xoxo!